suria

Ronaldo Bakal Dihukum Kerana Aksi 'Keterlaluan'

Aksi spontan Ronaldo ke arah penyokong Barcelona dan cuba menenangkan mereka selepas berjaya menyamakan kedudukan bakal dikenakan tindakan.

MADRID: Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo bakal berdepan tindakan kerana melakukan aksi yang dianggap keterlaluan sebaik menjaringkan gol penyamaan pada saingan menentang Barcelona, awal Isnin lalu.

Tindakan terhadap bintang Real Madrid itu disahkan Presiden Persatuan Liga Bola Sepak Profesional Sepanyol (LFP), Javier Tebas.

Pada pertembungan 'Clasico' La Liga menentang seteru utamanya, Real tewas kepada Barcelona, 2-1.

Walaupun jaringan itu bukan yang pertama di Nou Camp, tindakan Ronaldo meminta penyokong Barcelona supaya bertenang sebaik meledak gol penyamaan pada minit ke-31 mungkin membawa padah.

Sebelum ini, Kapten Portugal itu mencipta kontroversi apabila mengoyakkan jersinya sejurus menyempurnakan sepakan penalti ketika final Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Atletico Madrid, musim lepas.

"Perhatian perlu diberikan kepada gerak tubuh provokatif yang dilakukan pemain apabila menjaringkan gol atau apa juga provokatif atau perbuatan yang boleh membangkitkan keganasan di kalangan penonton.

"Kami akan menilai perkara ini, yang pasti hukuman perlu dikenakan, bermula daripada denda kepada penggantungan. Kami akan menilai perkara ini," kata Tebas. - Reuters

Ronaldo, LFP, Javier Tebas, Barcelona

Artikel Lain