suria

Raheem Sterling Tuntut Gaji Pecah Rekod Liverpool

PERBINCANGAN mengenai kontrak baharu bintang harapan Liverpool, Raheem Sterling kini lebih dramatik apabila pemain terbabit dijangka menuntut gaji mewah yang akan memecah rekod kelab tersebut.

Dalam perbincangan terbaharu, Sterling, 20, dikatakan enggan menandatangani kontrak yang menawarkan gaji setinggi £180,000 seminggu.

Penyerang yang banyak menghasilkan kemenangan kepada Liverpool itu dilapor enggan menandatangani kontrak baru sejak tahun lalu kerana tidak bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

Berikutan itu, pemilik Liverpool, Kumpulan Sukan Fenway kini terpaksa melakukan pelaburan besar jika ingin mengekalkan Sterling di kelab berkenaan.

Sterling juga dilapor akan menagguh untuk menandatangani kontrak itu sehingga akhir musim ini bagi memberi tekanan.

Walaupun begitu, penyerang muda itu terus membuktikan kehebatan yang dimiliki apabila menjaringkan gol untuk skuad England ketika bertemu Lithuania baru-baru ini.

Liverpool, Raheem Sterling

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain