PEMAIN nombor satu dari Britain, Andy Murray melengkapkan kemenangan 3-6 6-4 6-1 ke atas Dominic Thiem untuk melangkah ke peringkat separuh akhir ATP Terbuka Miami, dalam saingan suku akhir, awal pagi Khamis. Murray akan berdepan sama apa dengan Tomas Berdych atau Juan Monaco di peringkat separuh akhir. Pemain pilihan ketiga ini terpaksa berhempas pulas selepas tewas pada set pertama di tangan Thiem, pemain ke-36 dunia dari Austria. Murray sedang cuba meraih gelaran ketiga untuk kejohanan ini setelah memenanginya pada tahun 2009 dan 2013.