CRISTIANO Ronaldo menjaringkan lima gol ketika membantu Real Madrid menewaskan Granada 9-1 di Santiago Bernabeu, malam Ahad. Pasukan kendalian pengurus Carlo Ancelotti membuka jaringan awal menerusi jaringan Gareth Bale pada minit ke-25. Lima minit kemudian, Ronaldo menjaringkan gol kedua sebelum menambah dua lagi gol pada minit ke-36 dan 38. Real Madrid terus melancarkan serangan pada babak kedua apabila Karim Benzema meledak dua gol masing-masing pada minit ke-52 dan 56. Ronaldo mengekalkan prestasi terbaiknya apabila menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-54 dan 89. Granada berjaya membolosi gawang pasukan tuan rumah pada minit ke-74 menerusi jaringan Robert Ibanez. Namun, kesilapan Diego Mainz yang menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-83 memberi kelebihan kepada Real untuk melakar kemenangan penuh bermakna di gelanggang sendiri. Ia adalah kemenangan besar Real pada aksi La Liga musim ini. Senarai pemain: REAL MADRID: Casillas, Arbeloa, Varane, Ramos, Marcelo, Kroos, Modric, James, Ronaldo, Benzema, Bale. GRANADA: Oier, Nyom, Babin, Murillo, Juan Carlos, Marquez, Iturra, Rico, Piti, Cordoba, Robert, Velocidad, Arriba.