SWANSEA, Wales: Jonjo Shelvey menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu Swansea terikat seri 1-1 dengan Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty, malam Sabtu. Pengadil Michael Oliver menghadiahkan sepakan penalti kepada Swansea apabila bola terkena pemain pertahanan Everton, Seamus Coleman. Shelvey merembat masuk sepakan penalti itu pada minit ke-69. Aaron Lennon meletakkan Everton di depan pada minit ke-41 selepas memanfaatkan hantaran James McCarthy. Everton yang menduduki zon penyingkiran pada bulan lalu mencatatkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan setakat ini. Swansea pula kehilangan khidmat penyerang Bafetimbi Gomis yang dilanda kecederaan pada babak pertama perlawanan. Everton kini menduduki tangga ke-12 dengan mengumpul 38 mata manakala Swansea di tempat kelapan dengan 47 mata. Barisan Pemain: SWANSEA CITY: Fabianski, Rangel, Fernandez, Williams, Taylor, Ki Sung-yueng, Cork, Routledge, Shelvey, Sigurdsson, Gomis. Pemain gantian: Amat, Britton, Emnes, Dyer, Grimes, Tremmel, Fulton. EVERTON: Howard, Coleman, Stones, Jagielka, Baines, McCarthy, Barry, Lennon, Barkley, Osman, Kone. Pemain gantian: Robles, Mirallas, Naismith, Besic, Pienaar, Garbutt, Alcaraz.