suria

Aksi Tanduk: Bayer Leverkusen Tamatkan Kontrak Emir Spahic

BAYER Leverkusen menamatkan kontrak pemain Emir Spahic selepas melihat aksinya menanduk kepala salah seorang sukarelawan yang bertugas.

Pemain antarabangsa Bosnia itu terlibat dengan insiden pertengkaran selepas aksi tewas kepada Bayern Munich Rabu lalu.

Gara-gara kejadian itu, Spahic disiasat pihak polis apabila disyaki menyerang anggota sukarelawan, tetapi pihak kelab pada Ahad mengesahkan sudah menamatkan kontrak pemain pertahanan itu.

Kontrak sebenar Spahic bersama kelab ini akan tamat pada tahun 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayer, Michael Schade mendedahkan perkara ini di laman web rasmi kelab dan berkata: "Penemuan bukti terbaharu paparan video insiden itu membuatkan kami tidak ada pilihan lain.

"Kami tidak boleh menunggu sehingga siasatan undang-undang dibuat atau kemungkinan menjadi kes jenayah."

Spahic yang menyertai Bayer dari Sevilla pada tahun 2013 turut meluahkan kekesalan dengan kejadian itu.

"Saya menyesal dengan sikap sendiri selepas perlawanan...saya mahu meminta maaf kepada mangsa dan keluarganya.

"Saya sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pasukan ini."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain