LOUIS VAN GAAL berparti bersama dua pemain wanita Manchester City selepas anak didiknya berjaya menewaskan kelab milik jutawan Arab itu 4-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada malam Ahad. Gambar Van Gaal bersama dua pemain terbabit iaitu Toni Duggan dan Isobel Christiansen dimuat naik ke laman sosial oleh Duggan ketika mereka berada di Restoran Wing di bandar itu. Van Gaal bersama isteri, Truss (kiri) meninggalkan Restoran Wing bersama seorang lagi rakan mereka. Restoran tersebut merupakan lokasi tumpuan bintang United seperti Wayne Rooney, Radamel Falcao dan Daley Blind. Berikutan itu juga, restoran berkenaan tidak pernah dikunjungi oleh mana-mana pemain City kecuali dua pemain wanita terbabit. Selepas Van Gaal meninggalkan restoran berkenaan, ia turut dikunjungi oleh Juan Mata, Ander Herrera dan Daley Blind yang ingin menyambut kemenangan mereka.