suria

Ashley Young Sedia Terima Potongan Gaji Pokok

Ashley Young.
ASHLEY Young sedia menerima potongan gaji pokoknya dalam kontrak baru bagi membolehkan dia kekal di Manchester United.

Pemain berusia 29 tahun itu dilapor bakal mendapat penyambungan kontrak di bawah Louis Van Gaal selepas berjaya beraksi cemerlang sebagai pemain sayap termasuk menjaringkan gol.

Young yang menandatangani kontrak lima tahun bersama United pada 2011 menerima gaji sebanyak £120,000 seminggu dan ia bakal berakhir tahun ini.

Berikutan itu, Young berharap dapat menyambung kontrak selama tiga tahun untuk kekal bersama pasukan tersebut.

Pada 2011, United terpaksa bersaing dengan Liverpool untuk mendapatkan Young, dalam persaingan itu berkas jurulatih kelab berkenaan, Alex Ferguson berjaya memikat pemain terbabit dengan gaji setinggi £120,000 seminggu. 

Ashley Young, Manchester United, EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Liverpool Benam Newcastle 2-0

Artikel Lain