suria

Liverpool Benam Newcastle 2-0

Sterling (kanan) menjaringkan gol awal untuk Liverpool.
REMBATAN kencang penyerang Raheem Sterling menghidupkan semula harapan Liverpool untuk merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Newcastle 2-0 di Anfield, awal pagi Selasa.

Sebelum ini, anak buah Brendan Rodgers melihat peluang untuk beraksi pada kejohanan berprestij Eropah musim depan agak samar selepas tewas di tangan Manchester United dan Arsenal baru-baru ini.

Namun, kekalahan yang ditanggung Manchester City di Old Trafford, hujung minggu lalu seolah-olah membuka sedikit harapan kepada The Reds untuk mengisi slot empat pasukan layak beraksi pada Liga Juara-Juara.

Walaupun beraksi tanpa kelibat penyerang sensasi Daniel Sturridge yang bergelut dengan kecederaan, Liverpool menguasai perlawanan sejak babak pertama.

Sterling meletakkan Liverpool di depan seawal minit kesembilan.

The Reds menggandakan jaringan menerusi Joe Allen yang menjaringkan gol pertama pada aksi liga di Anfield pada minit ke-70.

Newcastle pula terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemainnya selepas Moussa Sissoko diperintah keluar padang.

Kemenangan itu meletakkan Liverpool di tangga kelima, ketinggalan empat mata dibelakang Manchester City yang menduduki tempat keempat dengan baki enam perlawanan yang harus ditempuhi.


Senarai Pemain:

LIVERPOOL: Mignolet, Johnson, Can, Lovren, Moreno, Allen, Lucas, Henderson, Ibe, Coutinho, Sterling. Pemain gantian: Jones, Toure, Lambert, Manquillo, Borini, Brannagan, Markovic.

NEWCASTLE: Krul, R.Taylor, Janmaat, Williamson, Colback, Anita, Abeid, Sissoko, Cabella, Obertan, Perez. Pemain gantian: Elliot, Sterry, Gouffran, Gutierrez, Ameobi, Armstong, Riviere.


Liga Perdana Inggeris, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain