suria

Jose Mourinho Lepaskan Oscar Demi Valencia

Jose Mourinho sedia melepaskan Oscar (kiri) bagi mencapai hasratnya mendapatkan Valencia (kanan).

JOSE MOURINHO akhirnya sedia melepaskan pemain tengah Chelsea, Oscar pada akhir musim ini bagi mencapai hasratnya mendapatkan penyerang West Ham, Enner Valencia.

Pemain tengah serangan dari Brazil itu dibeli pada harga £25 juta pada 2012 oleh Roberto di Matteo untuk memperkuatkan bahagian tengah Chelsea.

Bagaimanapun pemain terbabit dilaporkan gagal mengadaptasi corak permainan seperti yang dikehendaki Mourinho sejak musim lepas.

Berikutan itu juga Oscar, 23, tidak lagi diberi peluang untruk bermain selama 90 minit sejak Januari lalu.

Khidmat Oscar yang tidak diperlukan Chelsea kini menarik perhatian Juventus yang sedia membawa pemain itu ke Itali untuk saingan musim depan.

Chelsea, Jose Mourinho

Artikel Lain