ASTON Villa memusnahkan impian Liverpool untuk mara ke final Piala FA Inggeris dengan mencatat kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Wembley awal pagi Isnin. Philippe Countinho membuka jaringan awal pada minit ke-30 untuk The Reds, namun Christian Benteke menyamakan kedudukan enam minit kemudian sebelum Fabian Delph (m-54) Aston Villa mara ke final buat kali kedua dalam tempoh 48 tahun. Dengan kekalahan ini menyaksikan impian kapten Liverpool, Steven Gerrard untuk menjulang trofi ini sebagai hadiah hari lahirnya yang ke-35 pada aksi akhir 30 Mei ini tidak kesampaian. Villa bakal berdepan dengan Arsenal bagi merebut gelaran juara buat kali pertama dalam tempoh 19 tahun dan kini mencatat rekod 11 kemenangan dan 10 tewas dalam aksi separuh akhir Piala FA keseluruhan. Senarai pemain: Liverpool: Mignolet, Can, Skrtel, Lovren, Moreno, Allen, Henderson, Gerrard, Markovic Coutinho, Sterling. (simpanan) Johnson, Lambert, Balotelli Aston Villa: Given, Bacuna, Baker, Vlaar, Richardson, Westwood , Delph, Cleverley, Grealish, N’Zogbia, Benteke (simpanan): Okore, Sinclair, Cole