MANCHESTER City mencatat kemenangan 2-0 ke atas West Ham pada aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad. Man City meraih gol pertama pada minit ke-18 selepas James Collins tersilap langkah menjaringkan gol sendiri. Manakala gol kedua City dijaringkan Sergio Aguero pada minit ke-36. Bagaimana pun babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan gagal mencuri sebarang gol. Dalam pada itu, pemain City David Silva terpaksa diusung keluar padang gara-gara terkena siku Cheikhou Kouyate yang kemungkinan dia mengalami patah tulang pipi. Kemenangan ini melegakan City untuk menamatkan saingan musim ini di tangga keempat (64 mata), hanya kekurangan satu mata di belakang Manchester United yang menguasai kedudukan ketiga liga.