suria

Saya Pernah Berada Di Tempat Djokovic - Nadal

Nadal (kanan) menjuarai kejohanan Monte Carlo Masters pada tahun 2012 menewaskan Djokovic.

JAGUH tenis Sepanyol, Rafael Nadal mengakui dia pernah melalui saat-saat gemilang seperti yang dikecapi Novak Djokovic sekarang.

Pemain No.1 dunia dari Serbia itu semakin berkuasa dan sukar dihalang dengan memenangi 17 perlawanan dan menjadi pemain pertama yang mencatat tiga gelaran Masters pada awal musim.

Malah Djokovic turut menewaskan Nadal yang terkenal sebagai 'Raja Tanah Liat' pada aksi separuh akhir Monte Carlo Masters minggu lalu.

Namun Nadal menganggap kekalahannya itu sebagai adat perlawanan dan baginya tahun 2015 tidak ada beza dengan 2013, 2012 atau 2011.

"Djokovic cemerlang pada tahun 2011, 2012 dan 2013 malah pada tahun ini. Kadang-kala kamu menang banyak, kadang-kala kamu menang sedikit.

"Sesuatu yang sukar untuk menang semua perlawanan pada setiap masa. Djokovic berjaya pada tahun ini, seperti tahun 2011, malah permainannya amat sempurna.

"Saya perlu mengucapkan tahniah kepadanya," kata Nadal yang pertama kali bergelar pemain No.1 dunia pada tahun 2008.

Jelas pemain di ranking keempat dunia ini, semua pemain perlu menerima penguasaan Djokovic ini.

"Sebagai pemain, kita perlu menerima hakikat bahawa dia adalah pemain nombor satu berdasarkan apa yang telah dicapai.

"Tahun ini saya perlu melakukan perkara yang sepatutnya, kembali ke gelanggang dengan tahap pretasi terbaik untuk berdepan dengannya.

"Saya berasa sangat yakin berbanding minggu lalu. Saya akan cuba melakukan yang terbaik seperti yang dipamerkan di Monte Carlo," tambah Nadal yang kembali ke gelanggang Januari lalu selepas berehat panjang kerana kecederaan.

Rafael Nadal, Novak Djokovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain