suria

Badminton Asia: Wei Feng Mara Ke Pusingan Ketiga

PETALING JAYA: Pemain perseorangan badminton lelaki negara, Chong Wei Feng menang 21-7 21-12 ke atas pemain Bangladesh, Aljallad Ahmad dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Wuhan pada Rabu.

Wei Feng yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama berjaya menewaskan Aljallad dalam tempoh 26 minit.

Pemain berusia 27 tahun dari kedah ini bakal bertemu Artyom Savatyugin dari Uzbekistan dalam saingan ketiga pada Khamis.

Dan sekiranya Wei Feng menang dalam saingan itu, dia bakal diuji dengan cabaran sengit dalam aksi suku akhir apabila bertemu sama ada Tian Houwei dari China atau Lee Dong Keun dari Korea Selatan.

Chong Wei Feng, BAC

Artikel Lain