JOSE MOURINHO yang merupakan seorang jurulatih terhebat dunia tidak menghiraukan perlawanan tumpuan antara Real Madrid menentang Atletico Madrid dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, lapor Daily Mail Online. Pengendali Chelsea itu sebaliknya kelihatan lebih berminat untuk menonton perlawanan melibatkan skuad bawah 21 tahun (B-21) antara Fulham menentang Porto. Ketika menonton perlawanan melibatkan bekas kelab yang pernah dibimbingnya iaitu Porto, Mourinho turut ditemani anaknya, Jose Junior. Dalam perlawanan Piala Liga Perdana Antarabangsa itu, Fulham tewas 0-3 kepada Porto hasil jaringan hatrik Leandro Silva. Tidak sekadar menjadi penonton, Mourinho turut sempat bergurau dengan kedua-dua pasukan untuk memberi semangat kepada bakat muda.