suria

Man United 'Culik' Memphis Depay Guna Jet Peribadi

MANCHESTER United dilapor akan membawa bintang muda PSV Eindhoven, Memphis Depay ke England menggunakan jet peribadi untuk membincangkan mengenai tawaran menyertai kelab itu pada musim depan.

Tindakan itu terpaksa dilakukan United selepas dua kelab lain seperti Liverpool dan Paris Saint-Germain turut sedang berusaha mendapatkan tandatangan pemain terbabit.

Pemain berusia 21 tahun itu merupakan sasaran utama United dan kelab tersebut perlu membayar sebanyak £25 juta kepada PSV jika mahukan khidmatnya.

Akhbar Sun mendakwa, United telah menghantar jet peribadinya untuk membawa Depay ke Manchester bagi menandatangani tawaran dengan gaji sebanyak £130,000 seminggu.

United dijangka tidak mengalami cabaran besar kerana Depay mempunyai hubungan rapat dengan Van Gaal ketika berada dalam pasukan Belanda pada saingan Piala Dunia lalu.

Manchester United, Memphis Depay

Artikel Lain