Henderson, yang dijangka menggantikan Steven Gerrard sebagai kapten Liverpool untuk musim depan, sebelum ini telah dikaitkan dengan potensi perpindahan ke Chelsea tetapi kini telah memperolehi tempat yang selamat untuk masa depannya.
Pemain antarabangsa England ini telah menandatangani apa digambarkan kelab ini sebagai kontrak 'jangka panjang' bernilai £100,000 seminggu menurut laporan.
"Saya gembira akhirnya semua telah selesai," katanya kepada laman web rasmi kelab itu.
"Itulah fasa seterusnya, kita telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan sejak beberapa tahun lalu, dan saya rasa fasa seterusnya adalah untuk kita mula memberi cabaran untuk meraih trofi dan kejuaraan."
Henderson menyertai Liverpool dari Sunderland pada Jun 2011 dan pada satu tahap, Brendan Rodgers cuba menggunakannya sebagai umpan untuk menandatangani Clint Dempsey dari Fulham.
Tetapi persembahannya dalam dua musim lalu sangat hebat dan pengurusnya dilihat memberi penghormatan kepada Henderson selepas pengesahan perjanjian itu.
"Komitmen jangka panjang untuk bersama Liverpool menunjukkan bahawa ia sebagai tanda kepercayaannya dengan kelab dan apa yang dicari-cari oleh kelab," kata Rodgers.
"Saya amat teruja mengenai masa depan kami dan apa yang boleh dicapai secara bersama dalam satu pasukan; pengumuman hari ini merupakan satu lagi langkah positif yang penting.
"Pemilik komited untuk mewujudkan satu pasukan yang boleh berkembang, menunjukkan peningkatan dan akhirnya mencapai kemenangan. Kami telah melihat beberapa pembaharuan kontrak yang sangat penting musim ini dan saya yakin, di bawah pengawasan Ian Ayre, kita akan melihat komitmen seterusnya dibuat dan bakat yang lebih menarik diperolehi dan ditambah dalam skuad kita. "
Daniel Sturridge dan Philippe Coutinho juga telah menandatangani kontrak jangka panjang dengan Liverpool musim ini.