suria

Liga Juara-Juara: Juventus Catat Kemenangan 2-1 Ke Atas Real Madrid

Sebahagian pemain Juventus meraikan kemenangan peringkat separuh akhir pertama mereka ke atas Real Madrid, awal pagi Rabu.
TURIN: Juventus menundukkan Real Madrid 2-1 dalam perlawanan peringkat separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Gol pertama Juventus dicatatkan seawal minit kesembilan menerusi bekas penyerang Real Madrid, Alvaro Morata yang berhijrah ke Juventus selepas membantu Madrid menjulang gelaran Eropah buat kali ke-10.

Madrid bagaimanapun tidak menunggu lama apabila penjaring terbanyak kejohanan, Cristiano Ronaldo berjaya mengikat perlawanan 1 -1 pada minit ke-27.

Namun, peluang untuk berada di depan kembali terbuka buat Juventus apabila pasukan itu dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Carlos Tevez dan nyata ia berjaya.

Jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti berkata keputusan 'negatif satu' itu tidak teruk berbanding persembahan dan corak permainan baik yang dipamerkan oleh pasukannya.

Bagaimanapun, beliau yang pernah membimbing Juventus dari 1999-2001 turut mengakui Madrid banyak membuat kesilapan, menyebabkan Juventus mengambil peluang untuk mengasak.

Sementara itu Juventus berazam untuk bermain lebih baik apabila turun beraksi pada peringkat kedua di Madrid pada 13 Mei ini.

Juventus kali terakhir menjuarai piala berprestij itu pada 19 tahun lalu, akan terus memburu kemunculan di final kali pertama sejak 2003.

Artikel Berikut

Artikel Lain