suria

Louis Van Gaal Pantang Pemain Lewat Tiba Di Kantin

BINTANG tengah Manchester United, Marouane Fellaini mendedahkan setiap pemain kelab itu akan didenda jika terlewat seminit untuk hadir bersarapan di kantin.

Pemain Belgium itu berkata, walaupun kelewatan selama seminit untuk berada di padang latihan tidak menjadi perhatian Louis van Gaal, namun jurulatih Belanda tersebut berang jika pemain lewat tiba di kantin.

"Dia tidak marah jika terlewat seminit untuk latihan, tetapi dia akan marah sekiranya terlewat 60 saat untuk tiba di kantin selepas latihan.

"Pernah 10 pemain terlewat tiba di kantin selama seminit, mereka semua telah didenda, Van Gaal kelihatan marah kerana kelewatan tersebut," dedahnya.

Pemain itu juga mengakui bahawa dia akan beraksi seperti 'mesin' pada musim depan mengikut telunjuk bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich terbabit.

Menurut Fellaini, Van Gaal kini sedang melatih pemain United untuk beraksi seperti sebuah kereta baharu, khususnya untuk menempuh musim depan.

"Kami semakin mengenalinya selepas hampir setahun berada di bawah kendaliannya, musim depan kami akan menjadi seperti 'mesin'," katanya. - Mirror Online

Artikel Lain