suria

Liga Perdana Inggeris: United Mara Musim Depan, Burnley Tersingkir

Aksi Marouane Fellaini selepas berjaya menjaringkan gol kedua untuk pasukannya dalam perlawanan menentang Crystal Palace, awal pagi Ahad.

KEMENANGAN 2 - 1 ke atas Crystal Palace dalam perlawanan malam Sabtu menyemarakkan impian untuk Manchester United untuk beraksi di Eropah musim depan.


Dengan tiga mata yang diperolehi, Stadium Selhurst menyaksikan United mendahului pada babak pertama apabila Juan Mata menyumbat masuk gol pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-19.

Crystal Palace bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan dengan gol penyamaan Jason Puncheon pada minit ke-57.

Marouane Fellaini, memastikan kemenangan United apabila membantu pasukannya mendahului kembali pada minit ke-78.

Sementara itu, kemenangan 1-0 yang dicatatkan Burnley ke atas Hull City tidak dapat menyelamatkan kelab itu daripada tersingkir buat kali kedua untuk beraksi di liga elit pada musim depan.

Kali pertama Burnley tersingkir adalah pada musim 2009/2010.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Danny Ings pada minit ke-62 di Stadium KC.

Walaupun menang, Burnley berada tujuh mata di luar zon selamat dengan baki dua perlawanan.

Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain