suria

Logan Raj Dilantik CEO MHC

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Logan Raj Kali Kavandan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dengan kontrak selama dua tahun berkuat-kuasa serta merta.

Presiden baharu Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan perlantikan tersebut selepas  Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berlangsung pada Rabu.

"KHM dengan bangganya melantik CEO baharu untuk tempoh dua tahun. Beliau akan membantu segala perkara yang berkaitan dengan misi dan visi KHM serta memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dicapai dan kestabilan bagi pihak yang berkepentingan," jelasnya kepada media.

Pengalaman Logan Raj dalam bidang pengurusan tidak perlu dipertikaikan lagi memandangkan sebelum ini dia berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengendalikan program serta  pengurusan projek bersama Frost & Sullivan.

Manakala rekod sebagai pemain,  Logan Raj pernah membantu negara meraih pingat perak dan gangsa ketika Sukan Komanwel di Kuala Lumpur 1998 dan Melbourne 2006), gangsa (Piala Remaja Asia 2000), Piala Remaja Dunia Hobart 2002 (ke-11), Kelayakan Olimpik (2000,2004), Kelayakan Piala Dunia Beijing (2006) dan sebagai kapten pada Sukan Sea Korat 2007 dengan meraih pingat emas.

KHM, CEO

Artikel Sebelum

AFC Gantung Alex Soosay

Artikel Berikut

Artikel Lain