suria

Nadal Tewas Lagi

Nadal tewas kali ke lima di gelanggang tanah liat pada musim ini.

KESENGSARAAN Rafael Nadal di gelanggang tanah liat berterusan apabila tewas kepada Stanislas Wawrinka 7-6 (9-7) 6-2 dalam aksi suku akhir kejohanan Masters Roma.

Bekas juara terbuka Australia yang hanya berjaya menewaskan Nadal sekali dalam 13 perlawanan akan bertemu rakan senegara, Roger Federer untuk merebut tempat ke perlawanan akhir.

Dalam pada itu, juara sembilan kali terbuka Perancis, Nadal yang tewas di gelanggang tanah liat buat kali kelima musim ini akan beraksi di Roland Garros tanpa sebarang kejuaraan dari kejohanan di gelanggang tanah liat Eropah untuk kali pertama.

Pada perlawanan menentang Nadal itu, Wawrinka bangkit dari ambang kekalahan walaupun Nadal mendahului dengan empat mata pada set pertama untuk memenangi perlawanan tersebut yang berlangsung hampir dua jam.

Kali terakhir Nadal mencatatkan rekod buruk di gelanggang kegemarannya adalah 12 tahun lalu.

Berikutan pencapaiannya yang tidak memberangsangkan, statusnya sebagai pemain utama pada kejohanan terbuka Perancis.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic memperoleh kemenangan ke-20 dengan mengatasi Kei Nishikori dalam perlawanan tiga set yang berlangsung selama satu jam 48 minit.

Djokovic beraksi cemerlang pada awal permainan dan memenangi set pertama tetapi pemain Jepun itu bangkit pada perlawanan keenam untuk menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, pemain dari Serbia itu berjaya membalas asakan Nishikori dan berjaya membalas pukulannya untuk memenangi perlawanan itu.

Djokovic akan bertemu David Ferrer pada peringkat separuh akhir. Ferrer berjaya menewaskan pemain Belgium, David Goffin 6-2 4-6 6-3.

Artikel Sebelum

Artikel Lain