SOUTHAMPTON menang 6-1 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu malam. Sadio Mane melakukan hatrik seawal minit ke-13,14 dan 16' sekaligus mencatat sejarah dalam aksi liga perdana di Stadium St Mary. Manakala Shane Long menambah dua lagi jaringan pada minit ke-26 dan 38' sebelum Pelle melengkapkan gol keenam pasukannya minit ke-81. Gol tunggal Aston Villa dilakukan oleh Christian Benteke sebelum tamat babak separuh masa pertama. Barisan pemain pertahanan Tim Sherwood seolah-olah seperti dipukau dengan aksi serangan Southampton sehingga bolos enam gol. Dalam pada itu jaring terpantas hatrik pemain antarabangsa Senegal dalam tempoh 2 minit 56 saat itu telah memadamkan rekod lama terpantas yang dilakukan Robbie Fowler 1994 ketika menentang Arsenal dengan catatn masa 4 minit 33 saat.