suria

Tewas 0-3, Chelsea Akhiri Rekod Tanpa Kalah Dalam 16 Perlawanan Berturut-Turut

Pengadil Mike Jones (kiri) melayangkan kad merah kepada pemain Chelsea Cesc Fabregas (tiga, kiri) kerana menendang bola ke arah pemain West Brom ketika pertikaian dalam padang dalam perlawanan Chelsea menentang West Bromwich Albion di Stadium Hawthorns, Birmingham, awal pagi Selasa. -foto EPA
BERTANDANG ke gelanggang lawan di Stadium The Hawthorn, Chelsea yang telah meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini kecundang di tangan tuan rumah, West Bromwich Albion dengam mata 0 - 3.

Ini merupakan kekalahan terbesar Chelsea pada musim ini, selain mengakhiri rekod tanpa kalah dalam 16 perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Bagi West Brom pula, ia telah meneruskan rekod tidak pernah kalah menentang Chelsea dalam empat perlawanan terakhirnya.

Dua gol West Brom disumbat masuk oleh penyerang mereka Saido Berahino seawal minit kesembilan, menerusi tendangan jarak jauh.

Gol kedua hadir apabila Berahino dijatuhkan dalam kotak penalti oleh John Terry dan dihadiahkan sepana penalti oleh pengadil.

Gol ketiga pula disumbang oleh Chris Brunt pada minit ke-60.

Chelsea masih menurunkan pemain utama mereka seperti Diego Costa, bersama pemain terbaiknya musim ini, Eden Hazard serta Cesc Fabregas dan John Terry.

Namun,  Cesc Fabregas dilayangkan kad merah pada minit ke-29 setelah dia menendang bola tepat ke arah kepala pemain West Brom, Chris Brunt yang sedang berbincang sesuatu dengan pengadil.


Turut diturunkan, pemain muda Ruben Loftus-Cheek yang mana penampilannya dalam beberapa perlawanan sering mendapt pujian Mourinho.
Chelsea, Liga Perdana Inggeris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain