PENYERANG Liverpool, Raheem Sterling secara peribadi telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan pasukannya kepada pengurus pasukan, Brendan Rodgers sebelum perlawanan menentang Chelsea yang berkesudahan dengan seri 1-1. Sterling yang juga pemain kebangsaan England, menjelaskan bahawa dia tidak mahu kekal di Anfield, tetapi bersetuju untuk perbincangan terakhir apabila Liverpool. Selain itu, Sterling enggan menyambung perjanjian baharu selama lima tahun kerana tidak yakin dengan kemampuan pasukan tersebut untuk menjulang kejuaraan pada akhir musim. Pemain hadapan tersebut turut memberitahu bahawa dia akan tetap bermain di dalam liga Perdana Inggeris, namun bukan bersama pasukan Liverpool untuk musim hadapan. Sementara itu, kelab bola sepak yang lain seperti Real Madrid, Bayern Munich dan Juventus berminat terhadap pemain berusia 20 tahun itu, malah bersedia untuk membuat tawaran yang lebih tinggi berbanding Liverpool. Liverpool akan mengadakan perbincangan dengannya minggu ini sebagai usaha untuk cuba meyakinkan Sterling menandatangani perjanjian baharu. Rodgers turut mendesak Sterling supaya tidak meninggalkan Liverpool kerana pemain itu mempunyai baki dua tahun lagi dengan bayaran £35,000 (RM196,000) seminggu walaupun tidak menandatangani kontrak baharu.