LONDON: Chris Ramsey dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Queens Park Rangers dengan kontrak tetap, menurut kelab berkenaan, pada Selasa.
QPR sah tersingkir daripada pentas EPL selepas dibelasah Manchester City 0-6 pada 10 Mei lalu.
Pasukan tersebut akan menamatkan kempen menentang Leicester City di Stadium King Power pada Ahad ini.