suria

Man City Lancar Perang Bidaan Dapatkan Raheem Sterling

MANCHESTER CITY akan membuat bidaan sebanyak £40 juta bagi mengatasi perbincangan melanjutkan kontrak bintang muda Liverpool, Raheem Sterling, lapor Mirror Online.

Penyerang England berusia 20 tahun itu sebelum ini memberitahu pengendali Liverpool, Brendan Rodgers untuk meninggalkan kelab tersebut pada akhir musim ini.

Bagaimanapun Liverpool tetap berusaha memujuk Sterling untuk melanjutkan kontrak dan kekal di kelab berkenaan.

Tetapi hubungan pemain itu dengan Liverpool seakan berakhir apabila dia dicemuh peminat dalam majlis anugerah tahunan.

Berikutan itu, Sterling dijangka akan berhijrah ke dua kelab gergasi England iaitu Manchester City atau Chelsea.

City dilapor sedia menawarkan Sterling gaji sebanyak £150,000 seminggu jika berjaya menggagalkan usaha melanjutkan kontrak.

Hal ini kerana Liverpool hanya mampu menawarkan gaji sebanyak £90,000 seminggu kepada bintang muda itu untuk kekal di Anfield. 


Manchester City, Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain