suria

Odegaard Catat Sejarah Pemain Termuda Real Madrid

MARTIN Odegaard menjadi pemain termuda yang bakal mencipta nama di kelab terkenal Sepanyol, Real Madrid apabila membuat penampilan pertama menggantikan penyerang utama, Christiano Ronaldo pada minit ke-58 pada perlawanan terakhir musim ini menentang Getafe.

Pemain tengah berusia 16 tahun itu menggantikan Ronaldo selepas pasukan tersebut meraih kemenangan 7-3 menentang Getafe.

Rekod kelab terkenal Sepanyol itu mencatatkan selama 31 tahun, Sebastian Losada disenaraikan sebagai pemain termuda pasukan itu ketika berusia 17 tahun.

Ini bukan merupakan rekod pertama yang dirampas oleh Odergaard kerana pada awal musim, dia menjadi pemain termuda antarabangsa memulakan kariernya apabila menyertai Liga Juara-juara Eropah.

Ketika itu, Odegaard bermain sebagai penyerang tunggal dalam perlawanan antara Norway menentang Croatia pada Mac.

Peluang keemasan yang diberikan  pengurus pasukan, Carlo Ancelotti digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman dan meningkatkan keyakinan dirinya.

Dalam pada itu, menerusi perlawanan pada Sabtu, Real Madrid berjaya membenam Getafe 7-3 dengan jaringan hatrik dilakukan Ronaldo pada separuh masa pertama.

Jaringan seterusnya disempurnakan Javier Hernandez, James Rodriguez, Jese dan Marcelo, sekali gus menjadikan Real Madrid meraih kemenangan besar walaupun berjaya dibolosi tiga jaringan gol oleh pasukan lawan.

Real Madrid kini berada di kedudukan kedua di dalam liga dengan dua mata di belakang Barcelona.

Odegaard, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain