suria

Rosberg Takluk Litar Monte Carlo

Rosberg muncul juara di GP Monaco.

PEMANDU Mercedes, Nico Rosberg muncul juara Grand Prix Monaco apabila menakluki Litar Monte Carlo buat  kali ketiga berturut-turut.

Pelumba Mercedes itu menamatkan perlumbaan 78 pusingan itu dengan catatan masa 1:49:18.420 saat.

Rakan sepasukan Rosberg, Lewis Hamilton yang menguasai petak pertama sejak awal perlumbaan, gagal mengekalkan prestasi terbaiknya apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga.

Tempat kedua dimenangi Sebastian Vettel dari Ferrari.

Vettel ketinggalan 4.486 saat dibelakang Rosberg.

Rosberg menjadi pemandu pertama untuk memenangi perlumbaan itu sebanyak tiga kali berturut-turut selepas Ayrton Senna.


Senna merakamkan lima kemenangan di Grand Prix Monaco dari 1989 hingga 1993.

Keputusan 10 Pelumba Terpantas Pada Perlumbaan Grand Prix Monaco:

1. Nico Rosberg (Mercedes) 1:49:18.420 saat

2. Sebastian Vettel (Ferrari) 4.486 saat

3. Lewis Hamilton (Mercedes) 6.053 saat

4. Daniil Kvyat (Red Bull) 11.965 saat 

5. Daniel Ricciardo (Red Bull) 13.608 saat

6. Kimi Raikkonen (Ferrari) 14.345 saat

7. Sergio Perez (Force India) 15.013 saat

8. Jenson Button (McLaren) 16.063 saat

9. Felipe Nasr (Sauber AG) 23.626 saat

10. Carlos Sainz Jr (Toro Rosso)  25.056 saat

Nico Rosberg, F1, Grand Prix Monaco

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain