suria

Jelajah Tottenham Hotspurs: Kane Nafi Ke Man United

PENYERANG prolifik Tottenham Hotspurs, Harry Kane yang baru tiba di Kuala Lumpur mendedahkan akan kekal bersama kelabnya ketika ini walaupun diburu Manchester United.

Spurs berada di Kuala Lumpur dalam siri jelajah pra musim dan akan menentang pasukan XI Malaysia di Stadium Shah Alam pada Rabu.

Dailymail Online melaporkan, Kane yang merupakan penyerang muda England kini diminati oleh United yang memerlukan penyerang baharu.

Ketika ditanya wartawan adakah akan menerima tawaran besar dari kelab lain pada musim panas ini, Kane menjawab," Tidak, Tottenham merupakan kelab besar, itulah yang saya nampak.

"Ada masa depan yang cerah dan saya gembira. Seluruh pasukan juga gembira dan kami semua sedang menuju ke arah sama," katanya yang muncul sebagai penjaring kedua terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris selepas Sergio Aguero.

Harry Kane

Artikel Berikut

Artikel Lain