JUARA Liga Perdana Inggeris, Chelsea dilapor sedang berbincang dengan Monaco mengenai usaha mendapatkan Radamel Falcao menerusi pinjaman pada musim depan. Usaha itu dilakukan selepas wakil Falcao dikata memulakan perbincangan dengan Chelsea mengenai masa depan penyerang yang digugurkan oleh Manchester United. Falcao sebelum ini dipinjam oleh United, namun hanya mampu menjaringkan empat gol daripada 29 penampilan. Bagaimanapun, pengendali Chelsea, Jose Mourinho yakin mampu menjadikan pemain berusia 29 tahun itu sebagai penyerang digeruni dia apabila berada di Stamford Bridge. Urusan pinjaman Falcao ke Chelsea diusahakan oleh ejen terkenal iaitu, Jorge Mendes dan perbincangan dijangka akan dimuktamadkan dalam beberapa hari lagi. Sumber Chelsea dilaporkan berkata," perbincangan telah berlangsung dengan baik dan Mourinho yang merupakan salah seorang peminat Falcao yakin mampu mengubahnya."