suria

Paul Pogba Tolak Man City, Pilih Barcelona

BINTANG muda Juventus, Paul Pogba dilapor menolak tawaran mewah Manchester City untuk menyertai Barcelona pada tahun depan.

Pemain Perancis itu merupakan sasaran utama City pada jendela pemindahan Julai ini selain dia akan ditawarkan jumlah gaji lebih baik jika ke Barcelona.

Tidak cukup dengan itu, Pogba juga dikatakan akan menyertai City menerusi yuran pemindahan pemain yang memecah rekod bola sepak di Britain iaitu sebanyak £70 juta.

Jumlah itu dilapor telah dimasukkan bersama pakej bernilai £45 juta yang akan menjadikan Pogba sebagai pemain tengah yang menerima gaji tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, Pogba yang akan mewakili Juventus menentang Barcelona pada perlawanan akhir Liga juara-Juara Eropah ingin ke Nou Camp walaupun terpaksa menungggu selama 12 bulan.

Barcelona sebelum ini telah dilarang mengambil pemain baharu pada 2015 kerana melanggar undang-undang pengambilan pemain di bawah umur 18 tahun.


Barcelona, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain