STAN Wawrinka membuat kejutan dengan memusnahkan impian Novak Djokovic untuk merangkul gelaran Grand Slam selepas menewaskan pemain nombor satu dunia itu dalam perlawanan akhir kejohanan tenis Terbuka Perancis pada Ahad. Pemain dari Switzerland itu menumpaskan Djokovic dalam empat set dengan 4-6 6-4 6-3 6-4. Wawrinka yang merupakan pemain pilihan kelapan yang menyebabkan Djokovic kalah buat kali ketiga di perlawanan Roland Garros kini mengungguli dua gelaran Grand Slam selepas kemenangannya pada Terbuka Australia 2014.