VALPARAISO: Jaringan tunggal Claudio Pizarro pada minit ke-72 membantu Peru mencatat kemenangan 1-0 ke atas Venezuela dalam aksi Kumpulan C, saingan Copa America di sini. Pizarro yang juga penyerang kelab Bayern Munich menjaringkan gol dengan kaki kiri untuk mengecewakan penjaga gawang lawannya itu, Alain Baroja. Pasukan Venezuela yang mengejutkan Colombia pada perlawanan pembukaan Kumpulan C sebelum ini, mendominasi saingan sehinggalah pertahanan mereka, Fernando Amorebieta dibuang padang pada minit ke-29 selepas mendapat kad merah gara-gara mengasari Paolo Guerrero. Semua pasukan dalam Kumpulan C kini memiliki tiga mata selepas dua perlawanan. Turut berada dalam kumpulan ini adalah Brazil.