suria

Mo Farah Didakwa Sengaja Elak Dua Ujian Doping Sebelum Olimpik London 2012

Mo Farah gagal dalam rayuan untuk tidak menjalani ujian doping.

PEMENANG dua pingat emas Olimpik Britain, Mo Farah didakwa 'terlepas' dua ujian doping menjelang Sukan Olimpik London 2012.

The Daily Mail melaporkan bahawa juara Olimpik dan juara dunia untuk acara 5,000 meter dan 10,000 meter itu terlepas satu ujian pada awal 2010 dan satu lagi pada 2011.

Terlepas dua ujian adalah dibenarkan di bawah kaedah-kaedah, tetapi mengelak daripada menjalani tiga ujian doping boleh mengakibatkan atlet terbabit digantung sehingga empat tahun.

Menurut laporan itu, Farah terlepas ujian pertama "beberapa bulan sebelum juara Olimpik dua kali itu bekerjasama dengan jurulatihnya, Alberto Salazar dan enam bulan sebelum dia memecahkan rekod 5,000m oleh David Moorcroft, pelari British yang berusia 28 tahun dan menjadi pelari dari Britain yang pertama untuk memecahkan rekod 13 minit.

Ujian kedua telah dijadualkan sebaik sahaja Farah mula bekerjasama dengan Salazar. Ia sepatutnya dilakukan di rumah Farah di Teddington, London, tetapi atlet itu merayu kepada Agensi Anti-Doping UK, dengan mendakwa bahawa dia tidak mendengar bunyi loceng pintu.Bagaimanapun, rayuan itu tidak berjaya.

Atlet superstar itu sudah terasa bahang daripada tuduhan yang dibuat di BBC bahawa Salazar dan rakan latihan Galen Rupp telah terlibat dalam penggunaan dadah. Kedua-dua mereka menafikan sebarang salah laku.

"Sebagai sebahagian daripada rayuannya, ejen Farah, Ricky Simms mengemukakan bukti video yang difilemkan di rumah Farah di mana dia cuba untuk menunjukkan bahawa adalah sukar untuk mendengar loceng pintu dari bilik tidur anak guamnya. Peguam Agensi Anti-Doping UK menolaknya sebagai keterangan," tambah laporan The Mail.

Portal  berita itu juga mendakwa telah melihat surat di e-mel bertarikh Jun 2011 kepada peguam Farah dari Agensi Anti-Doping UK, menjelaskan mengapa rayuannya gagal: "Saya boleh memahami mengapa anak guam anda masih kecewa, tetapi hakikatnya dia merasakan bahawa dia sedang dihukum untuk sesuatu yang dia tidak berniat lakukan.

"Niat dan kecuaian bukan perkara yang sama, bagaimanapun saya pasti anda telah menasihatinya. Fakta mudah terlepas ujian ini menunjukkan anak guam anda mengatakan bahawa dia tidak berniat untuk terlepas ujian, tetapi adalah jelas ia adalah kesalahan yang dilakukan sendiri."


doping, Mo Farah, Olimpik London

Artikel Lain