ASTON Villa terpaksa 'gigit jari' apabila pemain Hull City, Tom Huddlestone yang menjadi buruan mereka dilaporkan menolak untuk berhijrah ke Villa Park. Huddlestone memutuskan untuk terus bersama dengan Hull City walaupun kedudukan kelab tersebut merosot dalam Liga Perdana Inggeris. "Tom diberitahu bahawa pihak kelab berhasrat untuk menjualnya. Sebagai balasan, dia dipastikan tidak berniat untuk meninggalkan kelab tersebut," kata sumber kepada Dailystar. "Dia ingin membawa Hull kembali ke Liga Perdana Inggeris," kata sumber itu. Huddlestone tampil cukup cemerlang sepanjang musim 2014/2015. Bagaimanapun, dia gagal menyelamatkan Hull City. Hull City hanya mampu memduduki tangga ke-18 pada akhir Liga Perdana Inggeris musim lalu.