MANCHESTER United dilaporkan bakal menandatangani kontrak bersama pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos. Portal Daily Mail melaporkan keadaan ini berlaku ketika penjaga gol Manchester United, David De Gea memberitahu bahawa dia akan meninggalkan kelab itu untuk ke Real Madrid. Ramos dikatakan kecewa apabila Real Madrid mahu memendekkan tempoh kontraknya bagi dua tahun sahaja lagi. Pemain kelahiran Sepanyol itu memaklumkan bahawa dia mahu keluar dari kelab itu untuk bersama pasukan pilihannya di Old Trafford. Jika kontrak bersama Manchester United berlaku, ia sekali gus menyaksikan pertukaran antara penjaga golnya, De Gea dengan Ramos. Ia melihat perpindahan terbesar antara dua kelab itu sejak Real Madrid mendapatkan Christiano Ronaldo pada 2009.