LIVERPOOL menegaskan kelab itu mampu menebus kontrak Carlos Bacca jika mereka ingin membawa pemain itu ke Anfield. The Reds dilaporkan mengalih perhatian terhadap Bacca, yang berjaya menjaringkan 28 gol dalam semua kejohanan musim lalu selepas mempertimbangkan semula usaha mendapatkan Christian Benteke. Tottenham dan kelab Itali, Roma turut berhasrat mendapatkan Bacca yang berjaya menghasilkan dua gol untuk Sevilla dalam perlawanan akhir Liga Europa baru-baru ini. Pengarah Sukan Sevilla, Monchi berkata, kelab lain tidak perlu membuang masa dengan memikirkan untuk membeli Bacca. "Kami tidak mempunyai niat untuk menjualnya. "Jika ada kelab yang ingin mendapatkan pemain itu, mereka perlu menebus kontraknya yang bernilai £21.5 juta," jelasnya.