PEMAIN tenis nombor satu dunia lelaki dan wanita - Novak Djokovic dan Serena Williams telah disahkan sebagai pilihan pertama dalam kejohanan Grand Slam berikutnya iaitu Wimbledon yang dijadualkan berlangsung minggu depan. Kuda tua - Roger Federer walaupun sudah mencecah umur lebih 30 tahun tetapi masih mendapat pengiktirafan sebagai pilihan kedua. Pilihan ketiga ialah pemain anak tempatan iaitu Andy Murray manakala pilihan keempat adalah juara baru Terbuka Perancis, Stan Wawrinka. Ia adalah kedudukan paling tinggi yang pernah diperolehi Wawrinka dalam kejohanan Wimbledon. Satu-satunya pemain ternama yang tersenarai agak jauh ke belakang ialah bekas pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal yang diletakkan sebagai pilihan ke-10 - sama dengan kedudukan ranking dunia dia sekarang. Dengan pengumuman mengenai kedudukan senarai pemain-pemain pilihan kali ini bermakna, pemain popular tempatan Andy Murray bakal berhadapan dengan Novak Djokovic atau Roger Federer di peringkat separuh akhir nanti. Penentuan pemain pilihan dalam kejohanan Wimbledon agak berlainan berbanding dengan tiga lagi kejohanan bertaraf Grand Slam. Ini kerana Wimbledon mengambil kira hasil pencapaian seseorang pemain itu atas gelanggang rumput untuk tempoh dua tahun terakhir. Sementara itu, pilihan pertama wanita, Serena Williams dan pilihan kedua yang juga penyandang juara Petra Kvitova sudah pasti tidak akan bertemu di mana-mana peringkat pusingan sehingga ke pusingan akhir ekoran kedudukan mereka. Maria Sharapova, yang pernah menjadi juara di sini diletakkan sebagai pilihan keempat. Finalis tahun lalu, Eugenie Bouchard, hanya mampu berada di pilihan ke-12 ekoran prestasinya yang tidak begitu memberansangkan atas gelanggang rumput. Undian perlawanan akan dibuat Jumaat ini. BERIKUT ADALAH SENARAI PEMAIN-PEMAIN PILIHAN DALAM KEJOHANAN WIMBLEDON TAHUN INI: LELAKI: 1 DJOKOVIC, Novak (SRB) 2 FEDERER, Roger (SUI) 3 MURRAY, Andy (GBR) 4 WAWRINKA, Stan (SUI) 5 NISHIKORI, Kei (JPN) 6 BERDYCH, Tomas (CZE) 7 RAONIC, Milos (CAN) 8 FERRER, David (ESP) 9 CILIC, Marin (CRO) 10 NADAL, Rafael (ESP) 11 DIMITROV, Grigor (BUL) 12 SIMON, Gilles (FRA) 13 TSONGA, Jo-Wilfried (FRA) 14 ANDERSON, Kevin (RSA) 15 LOPEZ, Feliciano (ESP) 16 GOFFIN, David (BEL) 17 ISNER, John (USA) 18 MONFILS, Gael (FRA) 19 ROBREDO, Tommy (ESP) 20 BAUTISTA AGUT, Roberto (ESP) 21 GASQUET, Richard (FRA) 22 TROICKI, Viktor (SRB) 23 KARLOVIC, Ivo (CRO) 24 MAYER, Leonardo (ARG) 25 SEPPI, Andreas (ITA) 26 KYRGIOS, Nick (AUS) 27 TOMIC, Bernard (AUS) 28 CUEVAS, Pablo (URU) 29 GARCIA-LOPEZ, Guillermo (ESP) 30 FOGNINI, Fabio (ITA) 31 SOCK, Jack (USA) 32 THIEM, Dominic (AUT) WANITA: 1 WILLIAMS, Serena (USA) 2 KVITOVA, Petra (CZE) 3 HALEP, Simona (ROU) 4 SHARAPOVA, Maria (RUS) 5 WOZNIACKI, Caroline (DEN) 6 SAFAROVA, Lucie (CZE) 7 IVANOVIC, Ana (SRB) 8 MAKAROVA, Ekaterina (RUS) 9 SUAREZ NAVARRO, Carla (ESP) 10 KERBER, Angelique (GER) 11 PLISKOVA, Karolina (CZE) 12 BOUCHARD, Eugenie (CAN) 13 RADWANSKA, Agnieszka (POL) 14 PETKOVIC, Andrea (GER) 15 BACSINSZKY, Timea (SUI) 16 WILLIAMS, Venus (USA) 17 SVITOLINA, Elina (UKR) 18 LISICKI, Sabine (GER) 19 ERRANI, Sara (ITA) 20 MUGURUZA, Garbine (ESP) 21 KEYS, Madison (USA) 22 STOSUR, Samantha (AUS) 23 AZARENKA, Victoria (BLR) 24 PENNETTA, Flavia (ITA) 25 CORNET, Alize (FRA) 26 KUZNETSOVA, Svetlana (RUS) 27 STRYCOVA, Barbora (CZE) 28 JANKOVIC, Jelena (SRB) 29 BEGU, Irina-Camelia (ROU) 30 BENCIC, Belinda (SUI) 31 GIORGI, Camila (ITA) 32 GARCIA, Caroline (FRA)