REAL Madrid menolak tawaran pembidaan awal sebanyak 35 juta pound (RM207.32 juta) oleh Manchester United untuk mendapatkan Sergio Ramos. Pemain pertahanan Sepanyol belum pasti mengenai masa depannya bersama Real Madrid selepas permintaan untuk kenaikan gaji tidak dipertimbangkan oleh kelab itu. Pun begitu, United dijangka sudah bersedia untuk menyemak kembali tawaran tersebut. Ramos,29, yang kini sedang bercuti telah memberitahu kelabnya bahawa dia mahu keputusan masa depan kariernya diselesaikan pada pertemuan skuad 10 Julai ini sebelum berangkat menyertai Jelajah Real ke Australia dan China. Niat untuk meninggalkan Real itu timbul apabila Ramos merasakan dirinya tidak dihargai dan menunjukkan mintanya untuk berpindah ke Old Trafford. Malah dia mengharapkan United akan berbincang mengenai kontrak baharunya. Difahamkan Ramos menerima gaji bersih sebanyak £4 juta pound setahun (RM24juta) di Bernabeu dan mahu kenaikan sebanyak 6.5 juta pound. United berkata, pihaknya bersedia untuk menawarkan Ramos perjanjian perpindahan ke Old Trafford bernilai 7.8 juta pound. United kini sedang menyemak kembali tawaran dan cuba membuat tawaran tunai kepada Madrid.