suria

Novak Djokovic Tewas Kepada Pemain 18 Tahun

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic tewas 6-4 6-3 kepada pemain berusia 18 tahun pada aksi pemanas badan kejohanan The Boodles yang berlangsung di Stoke sebelum mula mempertahankan kejuaraannya di kejohanan Wimbledon.

Sebelum ini, Djokovic bejaya menewaskan Richard Gasquet pada perlawanan pertamanya di gelanggang rumput bagi tahun ini pada Khamis tetapi bergelut dengan pukulan 'serve' Zverev sepanjang perlawanan.

Djokovic meluahkan rasa kagumnya terhadap pemain muda itu yang dilihat sebagai bintang tenis masa hadapan.

"Saya tahu mengenai kehebatannya dan dia mempunyai peluang sekurang-kurangnya bertahan sehingga minggu kedua pada kejohanan Wimbledon.

"Saya pasti dia pasti gembira dengan pencapaiannya sekarang dan dia juga mempunyai masa depan yang cerah," kata Djokovic selepas perlawanan.

Dalam pada itu, pemain tenis di kedudukan ke-10 dunia, Rafael Nadal turut dijadualkan beraksi menentang Robin Haase di Buckinghamshire sebagai aksi pemanas badan terakhir sebelum menyertai Wimbledon.


Tenis, Novak Djokovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain