suria

FIA Jamin Selesaikan Masalah Kos Enjin F1

PRESIDEN Persatuan Automotif Antarabangsa (FIA), Jean Todt menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah enjin yang dikritik oleh pasukan-pasukan Formula Satu (F1) sejak beberapa tahun ini.

Kos bagi enjin jentera F1 meningkat apabila enjin 2.4 liter V8 ditukar kepada 1.6 liter turbocharged V6 pada 2014.

Kini pasukan yang terlibat terpaksa membayar 20 juta Euro untuk satu penggal bagi kos enjin dan terdapat beberapa pasukan lain yang terpaksa membayar dua kali ganda jumlah tersebut.

Todt berkata tindakah perlu diambil bagi menyelesaikan masalah itu dan mengakui ia sepatutnya diselesaikan sejak dahulu lagi.

"Saya bersetuju bahawa bayaran yang dikenakan itu terlalu mahal dan saya bertanggungjawab kerana mungkin tidak dapat menyenaraikan kos maksimum kepada para pelanggan.

"Ini adalah isu yang akan kami bincangkan dan lebih baik ia dibincangkan sekarang daripada tiada tindakan yang dibuat.

"Saya adalah seorang realis, jadi saya akan memastikan kami melakukan apa yang termampu untuk menyelesaikan masalah ini.

"Saya memerlukan penasihat yang baik supaya kami boleh mengharungi cabaran ini," kat Todt.

Berbeza dengan bekas presiden sebelum ini, Max Mosley, Todt tidak percaya kawalan kos adalah cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Saya tidak percaya dengan idea kawalan kos.

"Sekiranya terbukti pengawalan kos adalah jalan penyelesaian bagi masalah ini, saya tidak akan menghalangnya tetapi setakat ini tiada sesiapa bersetuju dengan cadangan tersebut," kata Todt lagi.

FIA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain