suria

Man City Tunggu 'Lampu Hijau' Paul Pogba

MANCHESTER CITY dilapor sedang menunggu Paul Pogba memberi 'lampu hijau' untuk mereka melancarkan bidaan sebanyak £71 juta kepada Juventus.

Walaupun City yakin dapat mengikat pemain Perancis itu pada jendela pemindahan Julai ini namun kelab itu masih perlu bersaing dan memujuk Juventus melepaskan bintang tersebut.

City sebelum ini mengadakan perbincangan dengan Juventus untuk menentukan nilai sebelum mereka diminta memberikan sebanyak £70.92 juta untuk mendapatkan Pogba.

Kelab jutawan Arab itu juga dilaporkan telah berbincang dengan ejen Pogba, Mino Raiola untuk memberikan gaji sebanyak £240,000 seminggu tidak termasuk bonus.

Bagaimanapun City terpaksa menangguh hasrat untuk membuat bidaan rasmi sehingga Pogba memberitahu Juventus bahawa dia ingin ke Etihad.

Bekas pemain Manchester United itu sebelum ini turut diminati bekas kelabnya selain Paris Saint-Germain (PSG), Real Madrid dan Chelsea.

Manchester City

Artikel Lain