IMPIAN England untuk mara ke final Piala Dunia Wanita 2015 berakhir apabila tewas 2-1 kepada juara bertahan, Jepun pada aksi separuh akhir di Stadium Komanwel Edmonton, Kanada awal pagi Khamis. Bintang Jepun, Aya Miyama terlebih dahulu meletakkan pasukannya di depan dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-33 sebelum Steph Houghton menyamakan kedudukan, juga menerusi aksi penalti. Pasukan England yang dibimbing Mark Sampson mempamerkan aksi cemerlang dengan menyekat kemaraan pasukan Matahari Terbit itu yang sememangnya terkenal dengan corak permainan laju. Babak kedua juga menyaksikan England lebih mendominasikan permainan dengan percubaan bahaya oleh Toni Duggan dan Claire Rafferty yang tersasar terkena palang gol. Sampson (kanan) menenangkan Basset. Pada awalnya perlawanan ini dijangka bakal diheret hingga ke masa tamabahan, namun sebaliknya berlaku apabila pemain pertahanan England, Laura Bassett tersalah percaturan apabila cuba menghalang tendangan Rumi Utsugi yang terkena palang seterusnya melantun melepasi garisan gol. Harapan England untuk merasai saingan akhir berkecai sekaligus gagal memecah rekod ke final sejak tahun 1966. Manakala anak buah Nario Sasaki bakal berdepan dengan skuad Amerika Syarikat yang menyaksikan perlawanan ulangan Piala Dunia empat tahun lalu.