suria

Mangsa Tsunami Martunis Sertai Sporting Lisbon

Martunis (tengah) diperkenalkan sebagai pemain di akademi remaja Sporting Lisbon.

SPORTING Lisbon mengikat kontrak dengan mangsa tsunami yang terselamat, Martunis untuk dimasukkan ke akademi remaja kelab tersebut selepas 11 tahun bencana terburuk itu berlaku yang menyaksikan dia terkandas di sebuah paya selama 21 hari.


Ketika tragedi itu berlaku, Martunis berusia 7 tahun yang menyebabkan dia kehilangan ibunya dan dua orang adik beradiknya selain 230,000 orang yang turut terbunuh melibatkan 14 buah negeri pada Disember 2004.

Pada masa itu Martunis terpisah dengan ahli keluarganya yang lain dan hanya berpaut pada pendayung air untuk meneruskan hidup bersama mayat-mayat mangsa tragedi.

Dia ditemui oleh wartawan Sky News yang sedang bertugas dalam keadaan tidak bermaya dan apa yang menarik perhatian ramai sebaik sahaja penemuannya itu dilaporkan ialah Martunis memakai jersi Portugal ketika itu.

Kisah tersebut diketahui Christiano Ronaldo  dan seterusnya pemain itu menemuinya beberapa kali dan turut memberi sumbangan peribadi untuk membina kembali rumah keluarga Martunis.

Kini, Martunis berusia 17 tahun dan cita-citanya bergelar pemain bola sepak bakal tercapai dengan menyertai akademi tersebut dengan bantuan Ronaldo da Luis Figo.

Martunis sememangnya meminati sukan bola sepak dan sebelum tragedi berlaku, dia selalu bermain di kampung halamannya di Banda Aceh.

“Amat gembira berada di sini dan kelab ini akan membantu mencapai impian saya.

“Saya sangat menghargai dan teruja dengan peluang yang diberi. Viva Sporting,” jelasnya ketika majlis rasmi pengenala Martunis kepada kelab.

Presiden Sporting, Bruno de Carvalho berkata; “Martunis akan bekerja di akademi. Kami akan bekerjasama dengannya dan dalam masa sama membantu dalam meniti hari-hari dewasanya".

Martunis, Tsunami, Ronaldo

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain