suria

EPL: Manchester United Raih Kemenangan Kedua Berturut-Turut

Pemain Manchester United Adnan Januzaj (dua, kanan) diraikan oleh rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol tunggal dan gol kemenangan dalam perlawanan menentang Aston Villa di Villa Park, Birmingham,awal pagi Sabtu. -foto EPA
ASTON Villa mengekalkan rekod tidak pernah menang ke atas Manchester United sejak tahun 1995 setelah tewas 0-1 di hadapan penyokongnya sendiri di Villa Park, Birmingham, dalam perlawanan awal pagi Sabtu.

The Villans tunduk setelah Adnan Januzaj menyumbang gol pada minit ke-29.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut United setelah sebelumnya menundukkan Tottenham Hotspur 1-0. United meraih tiga mata.

 
Bagi Villa, ini merupakan kekalahan pertama mereka musim ini setelah menang tipis atas AFC Bournemouth dalam perlawanan minggu lepas.

Pada 15 minit pertama kedua-dua pasukan sama sekali tidak mendapat peluang untuk mencipta gol dengan kebanyakan pergerakan tertumpu di tengah padang.


Sehinggalah pada minit ke-16 United memperoleh peluang pertama apabila Memphis Depay mengumpan bola kepada rakannya Morgan Schneiderlin. Sayangnya bekas pemain Southampton itu masih gagal menyudahkan sepakannya dengan gol.

Selang empat minit United nyaris mencipta gol pertama, sekali lagi menerusi Depay. Villa bernasib baik apabila penjaga golnya, Brad Guzan mampu menyelamatkan bola daripada menembusi gawang.
 
Usaha United untuk membolosi gawang lawan akhirnya berhasil pada minit ke-29. Gol terhasil menerusi umpan oleh Juan Mata terhadap Januzaj yang kali ini mendapat tugas sebagai penyerang menggantikan posisi Ashley Young.

Januzaj pintar memerangkap kapten Villa, Micah Richards.

EPL, Adnan Januzaj

Artikel Lain