DIA merupakan teman wanita kepada pemain tengah Manchester United, Morgan Schneiderlin yang menerima gaji sebanyak £100,000 seminggu. Tetapi gadis itu, Camille Sold selesa bekerja di kedai Adidas di tengah bandar Manchester dengan pendapatan £10 setiap satu jam. Pelajar jurusan pengurusan dan jualan dari Strasbourg itu mula bergelar teman wanita Schneiderlin sejak awal tahun ini. Ketika bekerja di kedai Adidas berkenaan, Sold turut memakai jersi United dengan nombor 28 seperti yang dipakai teman lelakinya. Dengan bekerja di kedai tersebut, Sold memperolehi gaji sebanyak £15,000 setahun berbading teman lelakinya yang menerima lebih £5 juta setahun. Schneiderlin kelihatan sering mengambil teman wanitanya pulang daripada bekerja pada setiap hari. Berikutan itu juga, ramai peminat United ingin mendapatkan barangan Adidas di kedai tersebut kerana mereka dapat bergambar dengan teman wanita Schneiderlin.