suria

Jurulatih Barcelona Tidak Nafi Man United Mahu Dapatkan Neymar

LUIS ENRIQUE tidak menafikan bahawa kelabnya, Barcelona dan Manchester United telah berhubung mengenai masa depan Neymar.

Malah, Enrique juga tidak menyatakan bahawa Neymar tidak akan dijual selepas jurulatih United, Louis Van Gaal membayangkan pemindahan besar-besaran bakal berlaku sebelum jendela pemindahan pemain ditutup pada September.

Ketua Eksekutif United, Ed Woodward kini dilaporkan berada di Barcelona sejak minggu lalu untuk memberi takanan kepada The Catalan bagi melepaskan pemain berusia 23 tahun tersebut.

Bagaimanapun berdasarkan keadaan terkini, Neymar dijangka akan kekal di Barcelona untuk musim ini.

"Bercakap mengenai Neymar dan kelab lain tidak menarik perhatian saya. Saya tidak mahu bercakap tentang spekulasi.

"Saya hanya mahu memberi perhatian terhadap apa yang sedang berlaku dalam pasukan ketika ini," katanya.

Barcelona, Manchester United

Artikel Lain