> Manchester United akhirnya melepaskan pemain veteran mereka Jonny Evans > West Brom Albion menawarkan £8 juta kepada United untuk pemain Irish itu > West Brom bersetuju bayar deposit £6 juta dengan baki £2 juta lagi kemudian > Pada masa sama pemain mereka Joleon Lescott akan pindah ke Aston Villa AKHIRNYA Manchester United bersetuju untuk melepaskan pemain pertahanan veteran mereka, Jonny Evans kepada West Bromwich Albion (WBA) pada malam Jumaat dengan harga perpindahan sekitar £8 juta. Dia kini sudah pun berada di kelab barunya itu untuk menjalani ujian perubatan. Kedatangan Evans akan membuka laluan kepada pemain pertahanan WBA, Joleon Lescott untuk berhijrah ke Aston Villa. Pengurus WBA, Tony Pulis menyifatkan pembelian Evans sebagai satu kejayaan besar berdasarkan pengalamannya bermain selama lebih 10 tahun dengan juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu. Pemain itu telah memenangi pelbagai kejuaraan ketika bersama United termasuklah Piala Eropah. Manchester United pada mulanya menuntut bayaran sehingga £10 juta untuk Evans tetapi kemudiannya bersetuju untuk menerima £8 juta semasa dalam rundingan. Evans, 27, pemain yang dilahirkan menerusi akademi bolasepak United bersetuju untuk menyertai WBA atas dorongan bekas rakan sepasukannya di United, Darren Fletcher yang kini merupakan kapten pasukan barunya nanti.