suria

Robben Dilantik Kapten Baharu Belanda

PENGURUS Belanda, Daley Blind melantik pemain sayap Bayern Munich, Arjen Robben sebagai kapten pasukan menjelang aksi Kelayakan Euro 2016 bertemu Iceland dan Turki.

Pemain berusia 31 tahun itu mengambil alih tugas Robin van Persie di padang yang bersetuju untuk menjadi penolong ketua pasukan.

Blind dilantik sebagai pengendali skuad kebangsaan Belanda sejak bulan lalu selepas Guus Hiddink.

Blind percaya, Robben merupakan pilihan tepat untuk mengetuai pasukan berdasarkan latar belakang yang baik di atas padang.

"Saya tidak membuat keputusan berdasarkan kemahiran sahaja.

"Van Persie dan Robben adalah setaraf, tetapi mereka mempunyai personaliti berbeza dan saya perlukan seorang ketua seperti Robben di atas padang," jelas Blind.

Sementara itu, Robben menganggap perlantikannya sebagai ketua pasukan adalah satu penghormatan daripada jurulatihnya.

"Saya menerima tugas ini dengan penuh tanggungjawab. Tetapi apa yang penting, semua pemain perlu berganding bahu untuk mencapai sasaran dalam aksi kelayakan ini," jelas Robben.

Belanda, Arjen Robben

Artikel Lain